Friday, July 23, 2010

cERmin MaTA bERSamA aYAh

Cermin mata bersama ayah

Dini hari penghulu hari,aku keluar dengan permintaan doa penghapus doa dan membuka pintu2 keberkatan dan kesempurnaan.melangkah dari masjid annur dengan tenang sekali,ku angkat jubah putih lama ku moga tidak dikotori.ku merehatkan minda melepaskan lega dihadapan tv,meratapi dan merenung program motivasi.ayah ku melimpas dihadapan keluar dari rumah untuk ke pasar.kebiasaan ayah ku berpagian ke pasar


siti khadiijah.katanya untuk mendapat sayur dan ikan-ikan yang segar.aku mengikuti ayahku.ku biarkan jubah ku berada di badan ku bawa ke bandar.

budaya rakyat negeriku,rehat dari sibuk bekerja dengan mendengar kuliah agama menteri besar ku di medan ilmu pada hari jumaat,tanda menghormati serta menghayati hari dan beramal..majlis perbandaran kota bharu akan menutupi jalan kawasan tersebut.

memang ku dapat rasai ilmu agama agak senang ku dapati dibumi serambi mekah ni.memang ideal gelaran itu.amin.

ku ekori ayahku.singgahnya di pasar bersebelahan khemah ceramah agama tu.ku pasang telinga sambil mendengar ceramah.bisik hati ku.beginilah pelayar,pedagang dari serata dunia berniaga di pinggiran selat melaka dahulu kala.ku ungkp sejarah perkembangan islam dahulunya.menandakan syukur ku amati dan dapat dirasai.langkah ayahku cepat.sekejap ada di depan mata ku sekejap tiada.kelincahan ayahku berusia 70an mengalahkan ku.ku menyusuri celah-celah payung jualan dengn hiruk-pikuk orang ramai..gerak langkah ku terhenti di khemah kuning.ayah ku sudah lama berhenti dan sedang sibuk memilih cermin matanya.aku bertanya padanya sesuatu yang bermain dimindaku.ini jawapanya.”sama je beli di kedai cermin mata ngan gerai ni..sini banyak pilihan..murah je..”petah kata ayahku menerangkan ku..”hanya tuk pakai masa buat kerja je..senang sikit..”difkiran bertalu-talu tidak menyokong akan tindakan itu.

.kerna mata perlu penapisan optical yang di check nilai dan nisbahnya yng akan dipakaikan deangn cermin yang sesuai dan harus la berkualiti.kalau tak bahaya kelak.optik mata mungkin makin teruk dan selapuk mata makin menebal dan paling teruk mata makin berair..tu pendapatku..aku biarkan mungkin ada alasannya..ayahku menanyakan harganya.ku terkejut mendengar hanya RM5.00 sahaja.alasan ayahku lagi..”beli yang mahal pun mudah hilang.beli yang murah tak la kesah sangat klu hilang ”ku terdiam.ayahku membuka dompetnya yang dah lama malah dan tembus untuk membayar.apa ku lihat dan terjawab persoalan.hanya ada 1keping duit berwarna merah dan dan beberapa keping duit seringgit.diambilnya duit seringgit itu,dan di tambah dengan duit yang ada dalam poket seluar kelabu lamanya.teringat akan seluar slack hitamnya mungkin 2 atau 3 tahun sekali baru di buat baru.kelu lidah ku.ku melihat bajunya yang terdapat lagi lipatan-lipatan kecil.baju ni pemberian abang masa kepulanagn abang ke kampung yang kian lamanya.aku menarik nafas sebak dan tertahan melihat telatah ayahku dan sifat kesederhanaannya.aku merenung akan jubah putih yang digosok kemas yang ku pakai dan dompet kulit yang agak mahal nilainya.tak silapku dompet ayahku di beli di gerai tepi jalan bersama ku juga masa ku masih dibangku sekolah menengah tu.tipa langkah ku ku berfikir dan terus berfikira.adakah aku kleak bekerja akan bersifat rendah diri dan tidak melebih-melebih demi membeli.mungkin ayahku bimbang untuk membeli yang mahal risau tidak cukup kewangan keperluan keluarga.akan ku ceritakan pada abang-abang dan kakak-kakak .sanggup kah melihat ayah keadaan ini sedangkan abang dan kakak semua berkerjaya dan berpangkat,bergaji dan berkereta mewah tak dapat tolong ayah.mungkin menolong tak ku khuatiri.Cuma perihatin kah anak pada ayah dan ibu.aku tidak marah pada abang mahupun kakak.aku hanya terfikir dan ku biarkan fikiran positifku memenuhi minda.mungkin sifat ayahku tak nak berlebih dalam hidup.ku harap ku akan menjadi anak yang perihatin dan cakna serta doa pada kuarga moga dilindungi Allah sepanjang masa dan di berkati malan kebajiikan dan dirahmati kita sekeluarga.inilah kisah di sebalik cermin mata bersama ayah..sama-sama ambil ikhtibar..

2 comments:

  1. Salam eiltyzam,

    Memang itulah yang sepatutnya kewajipan seorang anak...dewasa ini ramai anak-anak yang bila mana sudah bekerjaya terus lupa memberi sumbangan kepada orang tua, lebih-lebih lagi bila si anak telah berumahtangga.Ibubapa memang tidak akan meminta setiap bulan tetapi sebagai anak,tiada salahnya menghulur duit untuk keperluan harian mereka dan memudahkan segala urusan mereka.Siapa kita hari ini jika tanpa mereka.

    ReplyDelete
  2. betul2...klu d pikir tidak terbayar ape yg dberikan kpa kita selamanya..bg semua gj kita stiap bulan smua pada mrk pun xcukup ag kak kan..nialaian ibu bukan pada wng semata2 jagk pada budi bicara dan belaian kasih syg kita pada meraka berdua..insyaallah i will be a good son..amen

    ReplyDelete