Saifulislam Training & Consultancy adalah sebuah syarikat latihan dan perundingan (Training & Consultancy) yang komited dengan usaha membangunkan sumber manusia secara holistik bagi mencapai kecemerlangan yang bersepadu merangkumi diri, keluarga dan organisasi. Bermula dari sebuah blog yang telah berperanan menyampaikan idea segar terhadap pembangunan manusia semenjak 1998, pemiliknya Hasrizal bin Abdul Jamil, atau juga dikenali di blog Saifulislam.Com sebagai Abu Saif telah mengorak selangkah ke hadapan dengan menubuhkan syarikat latihan dan perundingannya sendiri.

Tenaga penggerak syarikat ini terdiri daripada generasi muda yang mempunyai pelbagai latar-belakang pendidikan, minat, kecenderungan dan disiplin ilmu. Pengalaman yang luas di bidang latihan memberikan kelebihan kepada Saifulislam Training & Consultancy dalam menyampaikan idea dan persembahan mereka kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Ditubuhkan pada 2008, syarikat ini digerakkan oleh Abu Saif selaku Master Trainer, bersama pasukan tenaga terlatih yang berpengalaman terlibat mengadakan program latihan kepada lebih 100 organisasi kerajaan dan swasta.