













Masih ada harapan untuk sahabat…
Sayang seribu kali sayang jika hidup ini tiada ruang dan harapan..
Ruang dan harapan
Ruang itu apa?kawasan yang boleh disi bukan?
Hidup ini adalah ruang keemasan dikurniaKan Allah pada hamba Nya.

Harapan itu apa?
Optimis seorang insan pada Pencipta..
Maha pencipta..maha bijaksana…maha mengetahui…itulah ALLAh yang ESA
BUat sahabat yang menjalani liku-liku kehidupan yang mencabar..
Ingin ana bersamamu untuk sama-sama kita layari bahtera ujian itu..
Tapi apakan daya mu jua yang mengetahui dan merasai bahtera itu bergoncang dengan teruknya..
Insyaalah dengan bait-bait semangat dapat ku basahi hati mu bagi mencekalkan mu…
Bait- bait dari kalimah Allah ku banjiri diri setakat kemampuan ku sahabat ku..
Usah berduka usah gelisah lagi resah..
Mu bersihkan dirmu mu dengan zikrullah..lunakkan telinga mu dengan kedengaran ayat..

Lihat sekeliling mu…banyak nikmat Allah kan…kalau ku ungkaikan mungkin beribu helaian kertas tak selesai…..
ruang paling berharga adalah kita masih hidup dan harapan diberikan ialah waktu untuk kita bertaubat..
ayuh sahabat ku sayang!!!
ANA DOAKAN SAHABAT DIBERI RUANG OLEHNYA DAN HARAPAN YANG SEPENUH HATI OLEHNYA...HIDUP BIAR BERUSAHA DAN BERSERAH...
salam pembukaan minda...
sekilAs iNdah..
iDup biar lah bErjaSa..
mengenali sape itu saiful islam..
layarilah website ustaz hasrizal..ustaz blogger
penyebaran dakwah masa kini..
tita bahasa yang mudah dan menarik lagi berkesan impaknya trutama
remaja milinium..

Saifulislam Training & Consultancy adalah sebuah syarikat latihan dan perundingan (Training & Consultancy) yang komited dengan usaha membangunkan sumber manusia secara holistik bagi mencapai kecemerlangan yang bersepadu merangkumi diri, keluarga dan organisasi. Bermula dari sebuah blog yang telah berperanan menyampaikan idea segar terhadap pembangunan manusia semenjak 1998, pemiliknya Hasrizal bin Abdul Jamil, atau juga dikenali di blog Saifulislam.Com sebagai Abu Saif telah mengorak selangkah ke hadapan dengan menubuhkan syarikat latihan dan perundingannya sendiri.
Tenaga penggerak syarikat ini terdiri daripada generasi muda yang mempunyai pelbagai latar-belakang pendidikan, minat, kecenderungan dan disiplin ilmu. Pengalaman yang luas di bidang latihan memberikan kelebihan kepada Saifulislam Training & Consultancy dalam menyampaikan idea dan persembahan mereka kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Ditubuhkan pada 2008, syarikat ini digerakkan oleh Abu Saif selaku Master Trainer, bersama pasukan tenaga terlatih yang berpengalaman terlibat mengadakan program latihan kepada lebih 100 organisasi kerajaan dan swasta.
ni gambar kenangan sahabat ana saudara HAzmi sedang menuntut di Universiti Malaysia Pahang berama ustaz hasrizal di masjid UMP selepas kutbah tyang disampaikan oleh ustaz hasrizal..
walaupun ana tidak dapat bersam..tapi di sanubari kecil ana teringain sgt bersama sahabat pada kutbah jumaat pada 2/4/2010 yang sudah berlalu..sekalung tahniah buat shabt2 n UMP..


ni sahabat ana ..saudara faisal juga dari UIA kuantan turun bersama dalm kutbah jumaat tu..gambar kenangan.. caya la ikhwanul aminin...takbir..senyuman mais dari ana..


Em...betapa hidup ini biarlah berjasa.
Pepatah Melayu sudah pun beralun di telinga seawal usia, bahawa harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Lihatlah kerana hidup yang serba tinggi dan penuh makna, penghulu kita, Rasulullah SAW itu sendiri dipujuk Allah pada hari kematian anaknya, bahawa Dia jua yang mengangkat nama baginda, terus segar dan mekar sepanjang masa… biar pun tiada zuriat lelaki pembawa nama. (Al-Quran 94: 4)
Malah pada insan yang mati muda seperti Imam al-Nawawi. Biar pun pulang sebelum tua, matinya tidak mati, kerana jasadnya sahaja yang dikebumi dan pergi. Kerana hidupnya penuh dek jasa, berkongsi ilmu seluas angkasa, namanya terus segar dan saban hari disebut di majlis ilmu.
Alangkah kerdilnya hidup kita di alam ini. Usianya pula tak sepanjang mana. Kehidupannya jadi lebih tidak bermakna apabila kehadirannya tiada berbekas meninggalkan tanda. Bak kata pepatah, bagai melukut di tepi gantang.
Hidup biarlah berjasa.
Manfaatkan hidup ini dengan menabur kebaikan dan kasih sayang. Catatkan pengalaman hidup sebaik mungkin agar dengan lakaran itu, mati kita sekadar beralih tubuh, namun kesannya tinggal bersinar menyuluh.
“Apabila mati anak Adam, terputuslah secara pasti segala amalannya kecuali dari tiga perkara; Sedekah yang jariah, ilmu yang dimanfaatkan, serta anak soleh yang mendoakannya”
Taburlah budi, hidup memberi…
(isi nya diambil dari blog saiful islam_ Ustaz Hasrizal)














Kepada yang ingin menderma melalui Cek, Wang Pos, Kiriman Wang dan sebagainya, sila tujukan kepada "Bendahari Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru" , di alamat No 38, Lorong 2, Kg Manal 3, 17500 Tanah Merah, Kelantan.