The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku“The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009. Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusiaan dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang. “500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia”sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 kategori iaitu kategori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media dan termasuk juga kategori muslim radikal.
Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh. Senarai ini menunjukkan bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz menduduki senarai yang tertinggi antara tokoh-tokoh Muslim lain yang terdapat di Malaysia. Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan Raja Saudi iaitu Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud, pemimpin spritual Iran iaitu Syed Ali Khamenei, PM Turki Recep Tayyib Erdogan, Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, iaitu Dr Muhammad Sayyid Tantawi, Syaikh Yusuf Al-Qaradawi, Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas iaitu Khaleed Mishal.
Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam senarai 450 “Honourable Mention” dalam pencapaian bidang masing-masing dan antara tokoh Islam yang signifikan dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Tun Mahathir tidak disenaraikan dalam “Honorable Mention”.
Golongan cendekiawan dari Malaysia yang tersenarai ialah Prof. Emeritus Dato Osman Bakar Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya dan Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali. Mohideen Abdul Kadir iaitu Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang pula tersenarai dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Nasyid Raihan turut tersenarai dalam katagori Seni dan Budaya.
Dua orang pemimpin SIS yang kerap menimbulkan kontroversi dan pendokong Islam liberal dalam kalangan feminis, Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar juga disenaraikan. Buku ini diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia. Penyusunan buku ini melibatkan pemerhati dunia Islam yang namanya telah dikenali secara meluas di dunia antarabangsa iaitu Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.
No comments:
Post a Comment