Wednesday, August 4, 2010

wiTH ANak BuAh at MArry bRown PeNgkaLan ChePA


ni anak buah yang ke lima..cucu pertama lelaki..nama budak cute ni ADAM



ni anak buah ana yang ke empat..Ruqayyah bersama dengan AdaM

ana dengan adam

the nice picture with adam

makanan kegemaran Qayyah


kalau bab makan ayam memang no 1 la qayyah ni..makan banyak2 k!

ni kuarga cik mah dan abg mi..ngan baby pertama kesayangannya..Adam

gambar kenangan kat marry brown..

nice picture with Ruqayyah

Adam bin Airmyzan with his mum..


kenangan terindah masa cuti di kelantan..

Tuesday, August 3, 2010

sAhAbAt AtaU BuKan

sahabat atau bukan

selepas qailullah..fikiran ku terlintas..

Aku tidak mengerti adakah ku salah pada setiap langkah persahabatan.bila ku mulakan hati yang murni dibalas dengan kesat lagi keji.kebingungan membisik disanubari makin bertambah dan terus berpanjangan hati terasa.ku biarkan husni zhon pada semua itu untuk melembutkan hati ku kembali.

Melihat kegembiraan pada raut wajah seorang sahabat dengan sahabat yang lain.aku dapat rasai aku bukan seperti kegembiraan itu.kadang kala ku bertanya pada diriku kenapa ku tidak diberi peluang untuk merasai keindahan talian persahabatan seakan itu.ku pasti ku manusia biasa.adakah diri ini tidak layak menjadi sahabat pada seseorang.mungkin juga tidak tahu erti sahabat sebenarnya.dan mungkin kekurangan diri dan salah mengertikn sebenar-benar apa itu SAHABAT..

apa pun terjadi aku tetap sudi jadi sahabat jauh mahupun dipinggiran.Asalkan sahabat itu kegembiraan ketiadaan ku dimata,dihati apatah lagi di tepi bersama mu sahabat untuk melayari hidup didunia.

jika itu kerna ku tidak layak jadi sahabat..

MAAFKAN KU WAHAI SAHABATKU

Diary lelaki

sAhAbAt AtaU BuKan

sahabat atau bukan

selepas qailullah..fikiran ku terlintas..

Aku tidak mengerti adakah ku salah pada setiap langkah persahabatan.bila ku mulakan hati yang murni dibalas dengan kesat lagi keji.kebingungan membisik disanubari makin bertambah dan terus berpanjangan hati terasa.ku biarkan husni zhon pada semua itu untuk melembutkan hati ku kembali.

Melihat kegembiraan pada raut wajah seorang sahabat dengan sahabat yang lain.aku dapat rasai aku bukan seperti kegembiraan itu.kadang kala ku bertanya pada diriku kenapa ku tidak diberi peluang untuk merasai keindahan talian persahabatan seakan itu.ku pasti ku manusia biasa.adakah diri ini tidak layak menjadi sahabat pada seseorang.mungkin juga tidak tahu erti sahabat sebenarnya.dan mungkin kekurangan diri dan salah mengertikn sebenar-benar apa itu SAHABAT..

Diary lelaki

Friday, July 23, 2010

riadah , ibadah & dakwah


Hebatnya

Allah mencipta setiap manusia sebaik2 kejadian..

Doa permulaan dan aurat terjaga

Di petang hari aku bersama adik-adik usrah untuk menonton perlawanan futsal.sekitar ku gelak ketawa sahabat.senyap seketika lantaran pasukan adik-adik yang selalu lepak surau ar rahman berkumpul untuk mengaminkan doa.kelainan juga pada pakaian adik-adi ku ini..kelihatan meraka memakai seluar trek panajng dan walaupun memakai seluar pendek tapi dalamnya disematkan seluar hitam ketat sampai menutupi lutut..lega aku.dengan kata alhamdulilah..anak mata semuanya bertumpu pada pergerakan dan kelincahan penyerang pasukan lawan.begitu strategi tersusun indah..terlintas dibenak fikiran syukur kerna adik-adik bersukan dengan permulaan pelawanan berdoa .tanda permintaan mereka pada tuhan dan berserah diri dan menutupi aurat..ujar bisikan hati ini lah dakwah di medan sukan dan sekitar kolej ku.jika ini difahami dn dijadikan kebiasaan senior dan junior lain.Alangkah baik sangat.tahniah untuk adikku sayang.


kenangan ana ngan adik-adik selepas penat perlawanan..


ini lah pasukan perlawan futsal peringkat kolej yang dimaksudkan tadi.sesi bergambar sebelum perlawanan.pemakaian jersi no 1 dan no 9 merupakan non muslim.yang lainnya adik2 yang selalu berkunjung mengimarahkan surau di blok asajaya dan serikin.pemakaian seluar track panjang dan seluar hitam ketat bahagian dalam seluar pendek tidak menyusahkan pergerakkan malah lebih sopan dan selesa.tahniah buat adik2 semester 3 sekarang program diploma penolong pegawai perubatan di kolej sains kesihatan bersekutu kuching.tamabahan lagi,satu pasukan terdiri pelbagai lapisan bangsa,agama,negeri dan umur..amat unik di bumi kenyalang.tahniah sekali lagi!!syabas adik2 ku walaupun hanya mendapat tempat ke dua.ya la saingan sengit sangat..huhu


cERmin MaTA bERSamA aYAh

Cermin mata bersama ayah

Dini hari penghulu hari,aku keluar dengan permintaan doa penghapus doa dan membuka pintu2 keberkatan dan kesempurnaan.melangkah dari masjid annur dengan tenang sekali,ku angkat jubah putih lama ku moga tidak dikotori.ku merehatkan minda melepaskan lega dihadapan tv,meratapi dan merenung program motivasi.ayah ku melimpas dihadapan keluar dari rumah untuk ke pasar.kebiasaan ayah ku berpagian ke pasar


siti khadiijah.katanya untuk mendapat sayur dan ikan-ikan yang segar.aku mengikuti ayahku.ku biarkan jubah ku berada di badan ku bawa ke bandar.

budaya rakyat negeriku,rehat dari sibuk bekerja dengan mendengar kuliah agama menteri besar ku di medan ilmu pada hari jumaat,tanda menghormati serta menghayati hari dan beramal..majlis perbandaran kota bharu akan menutupi jalan kawasan tersebut.

memang ku dapat rasai ilmu agama agak senang ku dapati dibumi serambi mekah ni.memang ideal gelaran itu.amin.

ku ekori ayahku.singgahnya di pasar bersebelahan khemah ceramah agama tu.ku pasang telinga sambil mendengar ceramah.bisik hati ku.beginilah pelayar,pedagang dari serata dunia berniaga di pinggiran selat melaka dahulu kala.ku ungkp sejarah perkembangan islam dahulunya.menandakan syukur ku amati dan dapat dirasai.langkah ayahku cepat.sekejap ada di depan mata ku sekejap tiada.kelincahan ayahku berusia 70an mengalahkan ku.ku menyusuri celah-celah payung jualan dengn hiruk-pikuk orang ramai..gerak langkah ku terhenti di khemah kuning.ayah ku sudah lama berhenti dan sedang sibuk memilih cermin matanya.aku bertanya padanya sesuatu yang bermain dimindaku.ini jawapanya.”sama je beli di kedai cermin mata ngan gerai ni..sini banyak pilihan..murah je..”petah kata ayahku menerangkan ku..”hanya tuk pakai masa buat kerja je..senang sikit..”difkiran bertalu-talu tidak menyokong akan tindakan itu.

.kerna mata perlu penapisan optical yang di check nilai dan nisbahnya yng akan dipakaikan deangn cermin yang sesuai dan harus la berkualiti.kalau tak bahaya kelak.optik mata mungkin makin teruk dan selapuk mata makin menebal dan paling teruk mata makin berair..tu pendapatku..aku biarkan mungkin ada alasannya..ayahku menanyakan harganya.ku terkejut mendengar hanya RM5.00 sahaja.alasan ayahku lagi..”beli yang mahal pun mudah hilang.beli yang murah tak la kesah sangat klu hilang ”ku terdiam.ayahku membuka dompetnya yang dah lama malah dan tembus untuk membayar.apa ku lihat dan terjawab persoalan.hanya ada 1keping duit berwarna merah dan dan beberapa keping duit seringgit.diambilnya duit seringgit itu,dan di tambah dengan duit yang ada dalam poket seluar kelabu lamanya.teringat akan seluar slack hitamnya mungkin 2 atau 3 tahun sekali baru di buat baru.kelu lidah ku.ku melihat bajunya yang terdapat lagi lipatan-lipatan kecil.baju ni pemberian abang masa kepulanagn abang ke kampung yang kian lamanya.aku menarik nafas sebak dan tertahan melihat telatah ayahku dan sifat kesederhanaannya.aku merenung akan jubah putih yang digosok kemas yang ku pakai dan dompet kulit yang agak mahal nilainya.tak silapku dompet ayahku di beli di gerai tepi jalan bersama ku juga masa ku masih dibangku sekolah menengah tu.tipa langkah ku ku berfikir dan terus berfikira.adakah aku kleak bekerja akan bersifat rendah diri dan tidak melebih-melebih demi membeli.mungkin ayahku bimbang untuk membeli yang mahal risau tidak cukup kewangan keperluan keluarga.akan ku ceritakan pada abang-abang dan kakak-kakak .sanggup kah melihat ayah keadaan ini sedangkan abang dan kakak semua berkerjaya dan berpangkat,bergaji dan berkereta mewah tak dapat tolong ayah.mungkin menolong tak ku khuatiri.Cuma perihatin kah anak pada ayah dan ibu.aku tidak marah pada abang mahupun kakak.aku hanya terfikir dan ku biarkan fikiran positifku memenuhi minda.mungkin sifat ayahku tak nak berlebih dalam hidup.ku harap ku akan menjadi anak yang perihatin dan cakna serta doa pada kuarga moga dilindungi Allah sepanjang masa dan di berkati malan kebajiikan dan dirahmati kita sekeluarga.inilah kisah di sebalik cermin mata bersama ayah..sama-sama ambil ikhtibar..

Friday, July 16, 2010

CINTA yang kEkaL

salam hiburan..salam kecintaan..



kalaulah ana ditanya tentang cinta..ana mencari cinta yang kekal




jangan jadi yang di bawah ni...AWAs!!!!





didik lah jiwa jadi ini...





sekian...doa senjata mukmin..

"setidak-tidaknya cuba"

Hampir Ke Situ

Thought I would give it a try by Visaha.


aku sadar bukan mudah
untuk mengejar mimpi indah
pernah suatu ketika dulu ku punya


harapan besar
kini aku tak pasti
dapatkah ku miliki


sudah jauh kita temu
kekalkanlah impian lalu
mungkin ada hikmah yg akan menunggu di penghujung jalan
biar nanti kecewa
setidak-tidakn
ya cuba


jika halangan menduga
perjalanan kita
janganlah kau putus asa

kerna ku ada di sisi
setia menemani
andai semangat mu gugur
genggamlah tanganku
kita hampir ke situ

adakala ku terasa
ketabahan tak setegah
tetapi apakan andainya
berhenti separuh jalan
percayalah padaku
aku yakin kita mampu

biar orang katakan
rapuhnya harapan
bukan mereka tentukan tapi
kau atau aku
tandaku punya kamu
apa telah akhirnya
tetap bersama

kita hampir ke situ...