Monday, August 31, 2009

jom kite menderma!!!

Rayuan Derma Dan Zakat Pembinaan Bangunan Baru Maahad Tahfiz Sains Cawangan Bachok

Surah Saba ayat 39 Allah berfirman,

"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua
sebaik pemberi rezeki"

Surah Al Muzammil, ayat 20 Allah berfirman,

"Dan dirikanlah solat, berikanlah zakat dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik{ikhlas}. Dan {ingatlah}, apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang amat besar pahalanya"

Maahad Tahfiz Sains Cawangan Bachok adalah salah sebuah sekolah tahfiz dibawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan yang telah dibuka pada tahun 05 Januari 2008
ekoran permintaan yang begitu tinggi daripada ibu bapa untuk melahirkan para huffaz
yang hebat dan ahli sains yang teknorat professional
yang memiliki ciri modal insan yang tinggi akhlaknya, berketerampilan dan mampu menjadi pendakwah yang boleh menerangi orang lain.

Maahad Tahfiz Sains Cawangan Bachok diasaskan di atas tanah seluas 3 ekar di sebuah sekolah lama Maahad Yaakubiah Nipah yang ditinggalkan sejak tahun 1997 setelah Maahad Yaakubiah Nipah mendapat bangunan baru di kawasan yang berhampiran. Bangunan sekolah yang ditinggalkan ini sudah amat uzur ini telah dibaik semula oleh jawatankuasa PIBG sekolah dengan melibatkan dengan melibatkan kos RM 400000.00.Dengan kelengakapan yang sederahana ini maka bermulah pengambilan pelajar pertama pada tahun 2008 dengan pelajar seramai 60 orang.Pada peringkat pertama ini MTS cuma memiliki sebuah rumah warden, 4 buah dorm asrama pelajar, 2 bilik untuk pengajaran p&p,sebuah dewan makan dansebuah pejabat urusan.

Bagi menampung kemasukan pelajar baru pada tahun 2009 pula pihak PIBG terpaksa membina satu lagi bangunan baru dengan belanja sendiri serta derma orang ramai yang terdiri dari 4 dorm asrama pelajar bagi menerima kemasukan pelajar baru seramai 60 orang sebuah dewan tambahan juga turut dibina bagi menampung pertambahan pelajar.
Alhamdulillah dengan kesungguhan semua pihak bangunan ini dapat disiapkan mengihut jadual.

Walau bagaimanapun bagi menghadapi sesi perdekolahan 2010, pihak PIBG terpaksa membina sebuah lagi bangunan baru untuk membolehkan kemasukan 60 pelajar baru tingkatan 1. Kemudahan lain yang sedia ada juga perlu dipertingkatkan. Bangunan yang dicadangkan adalah sebuah bangunan tiga tingkat yang memiliki 12 bilik yang akan dijadikan dorm pelajar, blok pejabat, bilik bacaan dan makmal sains. Kos yang dijangka adalah sebanyak RM 900,000.00.

Oleh kerana PIBG tidak memiliki dana yang mencukupi bagi memulakan pembinaan bangunan yang dijangka akan dimulakan pada bulan Jun 2009 maka kami memohon jasa baik dan keprihatinan muslimin dan muslimat untuk sama-sama menyumbang bagi menyiapkan bangunan ini. Semua sumbangan tunai/sek/barangan bolehlah disalurkan kepada:

TABUNG PEMBANGUNAN MTS

CAWANGAN BACHOK

NO. AKAUN WADIAH MAYBANK(5530 8302 2648)

Bagi mendapat maklumat lanjut program ini dan perkembangan MTs,tuan/puan boleh juga melayari laman sesawang kami di:

www.mtsbachok.com
ATAu
menghubungi talian mesra
pej. 097788 591,0199945 151 (Ust.Yusoff)

Sekian Jazakumullahu Khairan Jaza'
0 comments

No comments:

Post a Comment